Thursday, September 21, 2006

Hanya ikhtiar yang aku mampu.

Ya Allah ya Tuhanku
Kau lah dimana aku pinta pertolongan
Kau lah juga dimana datangnya ujian
Hambamu ini dapat merasakan bahangnya
di mana kau menguji setiap hamba2 mu di dunia ini
Namun, ku hanya mampu panjatkan ikhtiar ku kepada mu ya Allah.
Aku tidak mampu memberi sebarang usaha dan pertolongan
Namun terimalah Ikhtiar ku ini Ya Allah.
Terima lah saja, kerana ujian mu yang mencabar.
jangan lah ya Allah
jangan lah kau mencabut nyawa hamba mu.
sungguhpun aku hanya seorang hamba mu
dan tidak layak untuk menberi cadangan tidak kepada mu
namun kau lah penentu segalanya
Kau lah penentunya.
Inilah di antara ujian yang paling mencabar.
Paling mencabar di hadapi oleh beberapa insan.
dan juga termasuk ku juga Ya Allah.
Aku sedar, diriku juga diuji.
Namun, aku hanya memberi ikhtiar ini.
terima lah doa ku ya Allah.
Sembuhkan lah penyakit hamba2 mu ya Allah.
Yang datangnya bukan sahaja dari hati.
Aku merasa bahangnya ya Allah.
kesakitannya juga turut dirasai.
Kemurungannya.
kesedihan.
jelas kelihatan dari muka, dan jelas kelihatan dalam hati.
Jika mampu,
jangan lah kau cabut nyawa hamba mu itu.
Buat seketika lagi.
Jangan lah ya Allah.
Panjangkan lah lagi umurnya
Seperti mana kau panjangkan umur ayahku.
Panjangkan lah umurnya ya Allah.
Sehingga ke cucu cicit.
namun, jika tidak boleh
aku tidak berdaya ya Allah.
tiada kuasa dalam diri hambu ini untuk menghalang mu ya Allah.
Aku memahami yang kau lebih menyintai dia
Dan aku terima semua ini dengan keampunan mu ya Allah.
Terima lah ampun ku ya Allah.
Terima lah kasih ku ya Allah.
Sesungguhnya, kau lah yang kami mohon pertolongan
dan hanya kau sahaja yang mampu menolong.
Aku tetap ingin berdoa buat dia.
Agar dia dipanjangkan hidupnya lagi.
Panjangkan selama mana yang boleh ya Allah.
Demi anak2 dan isterinya juga ya Allah.
lakukan lah seperti mana kau panjangkan nyawa ayahku.
Hanya kau yang mampu.
hanya kau yang mampu.
Salam kasih dari ku buat mu ya Allah.
Ampunkan lah hamba mu itu, serta hamba mu ini.
Segala pujian buat mu, segala cinta buat mu, segala kasih buat mu.
Kau lah yang adil, kau lah yang mengasih.
Amin.

Buat insan-insan yang diuji, termasuk lah diri ku ini. Amin.